Lelaki jalani kuarantin di rumah meninggal dunia - Utusan Malaysia

Lelaki jalani kuarantin di rumah meninggal dunia

PIHAK bomba membuka pintu kediaman mangsa bagi memeriksa keadaan seorang lelaki yang ditemukan tidak sedarkan diri sepanjang menjalani kuarantin kendiri di Kampung Kenangan Tun Syed Nasir, Tangkak, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Seorang pesakit Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin kendiri ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Jalan Bayan, Kampung Kenangan Tun Syed Nasir, di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata, kematian lelaki itu, Zuraimi Abd. Aziz, 51, disedari oleh anak saudaranya apabila menemukan mangsa tidak sedarkan diri ketika menghantar bekalan makanan ke kediaman itu.

“Anak saudara mangsa berasa curiga kerana bekalan makanan yang dihantar sebelum ini juga belum disentuh, justeru dia menjenguk dari tingkap untuk melihat keadaan mangsa sebelum mendapati bapa saudaranya itu hanya terbaring dan tidak sedarkan diri.

“Anak saudaranya bertindak menghubungi pihak berkuasa dan menyerahkan kunci kediaman kepada bomba untuk melihat keadaan mangsa.

“Pegawai perubatan yang datang kemudian mengesahkan mangsa disahkan positif Covid-19 dan telah meninggal dunia. Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Rafiah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.48 pagi dan seramai 13 anggota dari BBP Tangkak bersama empat jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya