Lapan anggota bomba bantu angkat lelaki demam - Utusan Malaysia

Lapan anggota bomba bantu angkat lelaki demam

BOMBA membantu mengangkat seorang lelaki dengan berat badan 138kg di rumahnya di Umbai, Merlimau, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang lelaki dengan berat badan 138 kilogram (kg) terpaksa meminta bantuan bomba untuk menghantarnya ke hospital selepas mengalami demam di rumahnya di Umbai, Merlimau di sini, hari ini.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, panggilan kecemasan diterima pihaknya pada pukul 2.32 petang tadi.

Katanya, sepasukan lapan anggota bersama-sama sebuah jentera dan lori angkut  ke lokasi.

“Seramai lapan anggota memakai pakaian pelindung diri (PPE) ttiba di lokasi pada pukul 2.44 petang dan mendapati terdapat seorang lelaki seberat 138kg didakwa mengalami demam.

“Pasukan bomba kemudian membantu memindahkan lelaki tersebut naik ke atas lori angkut tiga tan menggunakan kain dan menghantarnya ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Online.

Tambahnya, kerja-kerja membantu mangsa itu mengambil masa kira-kira 10 minit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN