PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa situasi keselamatan dan ketenteraman awam negara adalah terkawal.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani meminta orang ramai tidak gusar kerana PDRM memastikan tahap keselamatan kekal pada tahap selamat.
“Kita juga meningkatkan pemantauan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.
“Orang ramai dinasihat sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan harian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, itu salah satu usaha bersama dalam membendung penularan Covid-19.- UTUSAN ONLINE