Kes ingkar SOP: 438 ditahan, 31 premis diarah tutup - Utusan Malaysia

Kes ingkar SOP: 438 ditahan, 31 premis diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bilangan pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara semalam merekodkan  438 individu diberkas dengan seramai 434 dikompaun manakala empat direman.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejumlah 31 premis yang meliputi masing-masing empat buah kilang dan 27 premis perniagaan juga diarahkan tutup kerana didapati masih ingkar SOP.

“Pasukan ini melakukan pemeriksaan ke atas 1,819 kilang, 13,797 premis perniagaan, 702 tapak pembinaan dan 198 asrama penempatan pekerja,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kata beliau, seramai lima pendatang asing tanpa izin turut ditahan dan lima kenderaan darat disita semalam melalui Operasi Benteng bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan penularan Covid-19.

Menyentuh isu kuarantin wajib, seramai 672 individu telah tiba di tanah air semalam dengan kesemua mereka diarahkan menjalani proses mandatori itu di sejumlah stesen kuarantin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya