Kes bunuh diri sudah catat 1,738 kes - Utusan Malaysia

Kes bunuh diri sudah catat 1,738 kes

POLIS menyeru individu yang mengalami masalah dan tekanan supaya mendapatkan bantuan serta sokongan daripada ahli keluarga, rakan dan pihak menyediakan nasihat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 1,738 kes bunuh diri dicatatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2019 hingga Mei lalu.

Jumlah itu melibatkan 609 kes untuk tahun 2019, 631 (2020) dan 498 pada Januari hingga Mei lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, dalam tempoh itu, kes tersebut melibatkan 1,427 wanita dan 281 lelaki.

“Kebanyakan mangsa adalah berusia 15 hingga 18 tahun iaitu 872 orang manakala lingkungan umur antara 19 hingga tahun pula seramai 668 orang.

“Pada tahun ini, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 117 kes manakala untuk tahun lalu dan 2019, Johor merupakan negeri tertinggi kes bunuh diri (110 kes),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abd. Jalil, berdasarkan statistik, cara membunuh diri kerap berlaku adalah gantung diri (75.1 peratus), terjun bangunan (13.6 peratus) dan makan racun (5.7 peratus).

Jelasnya, siasatan mendapati tiga punca menyebabkan kejadian tersebut antaranya masalah keluarga, kewangan dan tekanan perasaan.

“Berdasarkan trend yang berlaku, semua pihak bertanggungjawab terutama masyarakat memainkan peranan penting bagi membendung gejala ini.

“Kita menyeru individu yang mengalami masalah dan tekanan supaya mendapatkan bantuan serta sokongan daripada ahli keluarga, rakan dan pihak menyediakan nasihat,” jelas beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.