Kereta remuk, wanita warga emas hanya cedera ringan - Utusan Malaysia

Kereta remuk, wanita warga emas hanya cedera ringan

KEADAAN kenderaan jenis Perodua Viva yang musnah teruk selepas melanggar belakang lori sampah dalam kejadian di Kepala Batas, Pulau Pinang namun pemandunya seorang wanita berusia 50 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Berpantang maut sebelum ajal. 

Itu gambaran tepat buat seorang suri rumah yang hanya mengalami kecederaan ringan selepas terbabit dalam kemalangan meskipun kereta yang dinaikinya remuk teruk. 

Kemalangan itu berlaku di Jalan Permatang Buloh, dekat sini kira-kira pukul 11.30 pagi ini melibatkan seorang wanita berusia 50 tahun. 

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, ketika kejadian kereta jenis Perodua Viva dinaiki mangsa sedang menuju ke Kepala Batas dari arah Jalan Permatang Tiga. 

Bagaimanapun menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan melanggar belakang sebuah lori sampah yang berhenti di sebelah kiri jalan. 

“Akibat pelanggaran itu, kenderaan mangsa telah berpusing sebelum terbabas ke dalam parit. 

“Bagaimanapun, mangsa terselamat dan hanya mengalami luka pada kedua-dua belah tangan, kaki, kepala serta sakit di bahagian dada dan seluruh badan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Noorzainy berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Kepala Batas untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalu-Lintas 1959. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya