Kereta Kancil bawa muatan durian musnah terbakar

Kereta Kancil bawa durian musnah terbakar

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran sebuah kereta Perodua Kancil di Jalan Changkat Lada-Pasir Salak dekat Pasir Salak hari ini. - FOTO/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Sebuah kereta Perodua Kancil yang membawa muatan buah durian musnah dalam kebakaran di Jalan Changkat Lada-Pasir Salak, di sini hari ini.

Kejadian tersebut bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan kepada tiga sekeluarga yang menaiki kenderaan berkenaan.

Difahamkan, kereta yang dipandu lelaki berusia 30-an bersama anak lelaki dan ibunya itu dalam perjalanan dari kebun berhampiran menuju ke rumah mereka di Felcra Changkat Lada. 

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampong Gajah, Qyairul Eqwan Suib berkata, maklumat kejadian itu diperoleh pihaknya pada pukul 7.50 pagi.

Katanya, kebakaran melibatkan sebuah kereta di mana tiga sekeluarga sempat menyelamatkan diri.

“Kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kereta dinaiki mereka musnah terbakar 80 peratus bersama durian yang dibawa.

“Operasi pemadaman segera dijalankan dan operasi tamat pada pukul 9 pagi. Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN