Kerajaan tidak peluk tubuh biar rakyat menderita - Utusan Malaysia

Kerajaan tidak peluk tubuh biar rakyat menderita

PENERANGAN Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Negara di Parlimen. - JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan hari ini tidak berpeluk tubuh membiarkan rakyat menderita, malah sentiasa bertindak untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun kerajaan tidak sempurna, pihaknya faham bahawa rakyat dalam keadaan resah dan bimbang apabila angka kes harian Covid-19 ekoran peningkatan dan justeru pihaknya sedang berusaha sedaya mungkin untuk mengatasi kemelut yang dihadapi ini dengan mempercepatkan program vaksinasi.

“Yang penting kita mesti bersolidariti dalam menghadapi zaman yang sukar ini. Tidak usahlah kita berbalah dan menuding jari. Kerana di sana ada rakyat yang jiwanya sengsara, ada bapa yang tenggelam punca, ada anak yang menderita, manakala frontliners kita terus terbeban dan hospital semakin tertekan.

“Marilah kita berganding bahu, mencari berkat dan meraih jaya pada setiap usahasama. Bulat air kerana pembentung, bulat kita kerana muafakat. Bersatu kita pasti teguh, bercerai kita roboh,” katanya ketika penerangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam Sidang Khas Parlimen hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN