Kerajaan perlu benarkan ahli Parlimen kritik PPN - Utusan Malaysia

Kerajaan perlu benarkan ahli Parlimen kritik PPN

MARIA CHIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Pusat perlu membenarkan ahli Parlimen berbahas dalam sidang khas Parlimen berlangsung 26 Julai hingga 2 Ogos ini terutama hal berkaitan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah berkata, beliau sangat kecewa dengan keputusan tersebut kerana banyak isu yang dihadapi penduduk kawasannya yang ingin disuarakan pada mesyuarat itu.

“Tidak membenarkan ahli Parlimen bersuara seolah-olah menghalang mereka menjalankan kerja yang diamanahkan oleh penduduk kawasannya.

“Ini tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan seharusnya mendengar apa yang hendak disuarakan ahli Parlimen untuk membentuk satu polisi baik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan takwim aturan mesyuarat khas Parlimen di laman sosial Facebooknya.

Beliau turut mempertikaikan aturan mesyuarat tersebut yang hanya membenarkan menteri membentangkan tindakan dalam PPN.

Dalam pada itu, tindakan tidak memberi peluang kepada ahli Parlimen menyuarakan apa-apa cadangan dalam mesyuarat tersebut akan membolehkan Kerajaan Pusat mengesahkan bahawa semua ahli Parlimen telah bersetuju dengan apa yang dicadangkannya dalam PPN.

Oleh demikian, Marina melihat tiada relevan bagi ahli Parlimen yang tidak setuju dengan beberapa perkara dalam pelan tersebut untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya