Kementerian Kewangan perkenal model baharu operasi TH - Utusan Malaysia

Kementerian Kewangan perkenal model baharu operasi TH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan memperkenalkan dasar model baharu operasi Lembaga Tabung Haji (TH) dan menyemak semula pindaan Akta Tabung Haji 1995.

Kementerian itu menerusi kenyataan memaklumkan, cadangan model baharu operasi TH itu akan diteliti secara bersama Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM) dan TH.

Menurutnya, Mesyuarat Jemaah Menteri juga bersetuju dengan penyenaraian TH sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang ditetapkan di bawah seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh BNM.

“Jemaah Menteri semalam bersetuju untuk menambah baik pengurusan dan operasi TH secara menyeluruh,” katanya.

Katanya, kerajaan juga bersetuju untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 bagi meneliti dapatan pengauditan perunding-perunding untuk tempoh 2014 hingga 2018.

Menurut Kementerian Kewangan, RCI itu juga akan meneliti langkah-langkah pemulihan yang dilaksanakan TH berdasarkan dapatan perunding-perunding tersebut sehingga 2020.

“Bagaimanapun, sepertimana yang diputuskan oleh Jemaah Menteri semalam, skop suruhanjaya ini tidak akan merangkumi usaha penambahbaikan berterusan dan penstrukturan yang sedang dilaksanakan bagi memperkasakan tadbir urus TH.

“Aspek governans, integriti dan reputasi TH sebagai institusi simpanan kewangan Islam adalah amat penting bagi memastikan agar kedudukan kewangan TH lebih kukuh dan stabil,” katanya.

Katanya, sebagaimana yang termaktub di dalam Akta Tabung Haji 1995, simpanan pendeposit kekal selamat dan dijamin oleh kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN