Keluarga tinggal dalam lori dibantu Tabung Baitulmal Sarawak -

Keluarga tinggal dalam lori dibantu Tabung Baitulmal Sarawak

LORI yang dijadikan kediaman oleh sebuah keluarga di Bintului Sarawak. - Foto Sarawak Viral News
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PETALING JAYA: Sebuah keluarga baru-baru ini viral sebab menjadikan lori sebagai kediaman mereka.
Zulkezli Sahari, 41, bersama isteri dan dua anaknya tinggal dalam lori tersebut di Kampung Kuala Segan Bintulu.
Namun hasil siasatan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), mereka adalah penerima bantuan sara hidup TBS sejak Januari 2021.
Malah keluarga itu yang mempunyai dua orang anak masih kecil di pantau TBS pada 30 Jun 2021.
LORI yang dijadikan kediaman oleh sebuah keluarga di Bintului Sarawak. – Foto Sarawak Viral News
Memetik dari Facebook Sarawak Viral News, hasil santunan pada 30 Jun 2021, pihak TBS cawangan Bintulu turut bertanya jika pemohon memerlukan rumah sewa.
Namun, isteri pemohon menyatakan keluarganya mahu tinggal sementara di lori milik majikan itu sambil menjaga kenderaan tersebut yang rosak sementara menunggu kediaman siap dibina.
Isterinya menyatakan masih mempunyai baki bantuan sebanyak kira-kira RM400 dalam bank.
Keluarga itu juga telah menerima beberapa bantuan dari  TBS antaranya:
  • Bantuan Keperluan awal Rawatan/Perubatan tahun 2020 – RM880.00
  • Bantuan Kecemasan tahun 2020 : RM1,660.00
  • Bantuan Sara hidup bermula Jan 2021 hingga Jun 2021 : RM700 sebulan
  • Bantuan Wang Fidyah tahun 2021 : RM 300.00
  • Bantuan Fakir Miskin Aidilfitri tahun 2021 : RM400.00
Jumlah Bantuan Keseluruhan: RM 7,440.00
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya