‘Kalau peruntukan Pusat habis, saya guna duit sendiri’  - Utusan Malaysia

‘Kalau peruntukan Pusat habis, saya guna duit sendiri’ 

STEVEN CHOONG SHIAU YOON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon memaklumkan beliau akan menggunakan peruntukan sendiri bagi memastikan keperluan asas pengundi di kawasannya terjaga.

Jelas beliau, inisiatif itu akan dibuat selepas peruntukan Kerajaan Pusat kepada setiap ahli Parlimen habis diagihkan selepas ini.

“Jika peruntukan Pusat itu sudah habis dan masih ada pihak yang memerlukan, saya akan gunakan peruntukan ahli Parlimen sendiri untuk pastikan semua pihak yang memerlukan dapat bantuan.

“Saya akan cuba penuhi semua permohonan yang datang ke pejabat saya. Setakat semalam, kami telah menerima sekitar 4,000 permohonan untuk mendapatkan bantuan, melebihi jumlah 3,000 bantuan yang dapat disediakan dengan peruntukan pusat sebanyak RM300,000.

“Setiap pek barangan ini berjumlah sekitar RM100 dan kita akan agihkan mengikut kepada senarai nama yang telah diperoleh merangkumi setiap kawasan di dalam Parlimen ini,” katanya selepas menyampaikan sumbangan barangan keperluan di Surau An-Nur, Taman Daya, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN