Juruteknik minyak dan gas maut nahas empat kenderaan - Utusan Malaysia

Juruteknik minyak dan gas maut nahas empat kenderaan

KEADAAN kereta Proton Wira dipandu Muhammad Firdaus Ali selepas terlibat kemalangan empat kenderaan di Kilometer 90 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Loji Air Bukit Bauk di Dungun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang juruteknik di syarikat minyak dan gas maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Loji Air Bukit Bauk di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, mangsa, Muhammad Firdaus Ali, 22, yang berasal dari Kampung Rawai, Marang meninggal dunia di lokasi kejadian manakala tiga lagi mangsa cedera ringan.

MUHAMMAD FIRDAUS ALI

Mereka ialah penunggang motosikal SM Sport 110R, Suzilawati Mohamed, 46, di samping pemandu dan kelindan lori jenis Hino.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Wira dipandu Muhammad Firdaus bertembung dengan lori muatan tiga tan dari arah bertentangan.

“Keadaan itu menyebabkan pemandu Proton Persona dan penunggang motosikal wanita tidak sempat mengelak dan turut terlibat dalam kemalangan tersebut,” katanya kepada pemberita.

Baharudin berkata, mayat Muhammad Firdaus dihantar ke Hospital Dungun untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN