JSJN sita 763.34 kilogram dadah bernilai RM44 juta

JSJN sita 763.34 kg dadah bernilai RM44 juta

ARJUNAIDI Mohamed menunjukkan dadah jenis heroin base, slab 2 dan pil eramin 5 yang dirampas oleh JSJN Bukit Aman dalam tiga serbuan di Serdang, Ampang Jaya dan Subang Jaya, Selangor pada 5 Julai lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis temui tiga stor simpanan dadah bernilai RM44 juta dalam 10 serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) pada 5 Julai lalu di Serdang, Ampang Jaya dan Subang Jaya.

Dalam serbuan itu, polis berjaya membongkar stor di tiga rumah berbeza dan merampas 1,294 bungkusan dadah membabitkan 431 bungkusan dadah jenis syabu dan 863 slab 2 serta 2,000 biji pil eramin 5 dengan jumlah berat keseluruhan 763.34 kilogram.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, polis turut menahan 14 supek berusia 20 hingga 70 tahun yang terdiri daripada 10 lelaki dan tiga wanita tempatan serta seorang wanita warga Vietnam yang dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang.

“Berkenaan satu video tular polis melepaskan tembakan di tempat awam, ini berkenaan dengan susulan usaha untuk menangkap dan merampas dadah daripada sindiket terbabit. Kejadian itu berlaku di tepi sungai di Seri Kemuning Lembah Jaya Selatan, Ampang.

“Disahkan kedua-dua lelaki dalam rakaman tersebut merupakan pegawai polis yang mana bertindak di atas maklumat pengedaran dadah. Pada 5 Julai pukul 5.30 petang, JSJN menjalankan serbuan juga untuk menahan dua buah kenderaan Mazda CX5 dan Ford Ranger,” katanya dalam sidang akhbar secara maya semalam.

Sehubungan itu, kesemua suspek ditahan didapati negatif dalam ujian air kencing, namun enam daripadanya mempunyai rekod pelbagai jenayah lampau termasuk berkaitan dadah.

Dalam pada itu, Arjunaidi turut memaklumkan beberapa aset suspek dan barangan lain turut dirampas seperti tujuh kenderaan terdiri daripada jenis Perodua Bezza, Honda City, Nissan Almera, Mazda CX5, Mitsubishi Pajero dan Ford Ranger.

“Polis turut menyita tujuh akaun bank berjumlah RM35,672.61, wang tunai sebanyak RM61,209.60 dan matawang lain seperti 100 Dolar Amerika Syarikat (ASD), 2,000 Baht Thailand dan 50 Dolar Singapura.

“Barangan lain turut dirampas adalah seutas jam tangan berjenama Tag Heuer dan pelbagai jenis barangan kemas. Sementara nilai rampasan keseluruhan adalah sebanyak RM44.48 juta,” jelasnya.

Beliau menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan penjenayah boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup. Jika tidak hukuman mati, boleh dikenakan tidak kurang daripada 15 sebatan. -UTUSAN

 

ARJUNAIDI Mohamed menunjukkan dadah jenis heroin base, slab 2 dan pil eramin 5 yang dirampas oleh JSJN Bukit Aman dalam tiga serbuan di Serdang, Ampang Jaya dan Subang Jaya, Selangor pada 5 Julai lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya