JKJAV putuskan harga siling vaksin Sinovac minggu depan - Khairy - Utusan Malaysia

JKJAV putuskan harga siling vaksin Sinovac minggu depan – Khairy

KHAIRY Jamaluddin adalah antara watak penting kejayaan program vaksinasi negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Harga siling, garis panduan dan syarat penjualan vaksin jenis Sinovac di pasaran tempatan akan diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) minggu depan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, vaksin berkenaan akan mula memasuki pasaran swasta mulai Ogos ini.

Beliau berkata, kerajaan sebelum ini memutuskan bahawa vaksin Sinovac akan dipasarkan oleh swasta selepas bekalan untuk kerajaan sudah dipenuhi.

“Bermula Ogos, syarikat farmasi dibenarkan untuk memasarkan vaksin Sinovac di pasaran terbuka.

“Garis panduan itu termasuk penetapan harga siling adalah bagi memastikan vaksin terbabit tidak dijual pada harga yang tinggi,” katanya dalam sidang akhbar mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) hari ini.

Khairy berkata, beliau juga ingin menjelaskan bahawa Sinovac tidak dikeluarkan daripada PICK, sebaliknya ia masih ditawarkan kepada penerima dalam kuantiti yang sedikit.

Katanya, dakwaan bahawa kerajaan menghentikan bekalan Sinovac disebabkan vaksin itu kurang popular adalah tidak benar sama sekali.

“Saya ingin jelaskan sekali lagi bahawa Pharmaniaga sudah mengedarkan semua bekalan Sinovac seperti yang dikehendaki kerajaan.

“Saya berharap isu ini sudah selesai,” katanya.

Kerajaan sebelum ini memutuskan untuk menggunakan vaksin jenis Pfizer dalam PICK memandangkan bekalan bagi Sinovac sudah diterima sepenuhnya.

Kesemua tempahan Sinovac membabitkan keseluruhan 12 juta dos akan habis dibekalkan kepada Malaysia pada akhir bulan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya