Jangan pandang remeh isu SOP tidak konsisten  - Utusan Malaysia

Jangan pandang remeh isu SOP tidak konsisten 

OH TONG KEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Parti Gerakan menggesa  kerajaan dan pembangkang supaya tidak memandangkan remeh isu dibangkitkan Dewan Perdagangan dan Industri Malaysia-German (MGCC) berhubung penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) yang tidak konsisten di negara ini. 

Timbalan Presidennya, Oh Tong Keong berkata, SOP yang tidak konsisten itu  mungkin mengakibatkan pelabur asing mengelak untuk melabur di negara ini. 

Sehubungan itu, katanya, kerajaan dan pembangkang harus menghentikan segala perbalahan politik dengan segera dan memberi fokus dalam usaha memerangi Covid-19 serta membantu rakyat mengharungi cabaran ketika ini. 

“MGCC menyeru kerajaan supaya menetapkan SOP yang lebih jelas dan mempercepat proses vaksinasi bagi memastikan kelangsungan daya maju industri-industri di negara kita. 

“Oleh itu, kami berpendapat menjadi satu keperluan untuk kerajaan dan pembangkang mengambil berat kenyataan yang dikeluarkan MGCC itu,” katanya dalam kenyataan di sini semalam. 

Sebelum ini, MGCC berpendapat pelaksanaan SOP dan  penguatkuasaan yang tidak konsisten boleh memberi impak kepada industri pembuatan dan berkemungkinan menyebabkan perusahaan multinasional di negara ini memilih berpindah ke negara lain sekiranya keadaan menjadi serius. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya