Jalan Kebun ke Teluk Panglima Garang dibuka tengah malam ini

Jalan Kebun ke Teluk Panglima Garang dibuka tengah malam ini

PENUTUPAN jalan di Jalan Kebun Baru -Teluk Panglima Garang Banting Selangor ini akan kembali dibuka mulai 12 tengah malam ini. - FOTO/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Pihak berkuasa akan mengalihkan batu pembahagi jalan dan guni pasir yang diletakkan dekat laluan di Batu 9 Jalan Kebun Bharu menghala ke Teluk Panglima Garang bermula 12.01 tengah malam ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @Saleh, selain laluan tersebut pengguna jalan raya sebelum ini terpaksa menggunakan laluan di Sijangkang dan laluan di Tol Bandar Saujana Putra yang terdapat sekatan jalan raya (SJR)

“Untuk laluan Tol SKVE kita sekat laluan masuk sahaja. Orang ramai perlu mempunyai surat kebenaran yang betul.

“Kita perlu faham untuk masuk ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kuala Langat, walaupun ada surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), tetapi kalau bukan sektor ‘essential’ tetap tidak dibenarkan masuk kerana SOP PKPD tidak sama dengan PKP biasa,” katanya.

Akhbar Utusan Malaysia minggu lalu melaporkan Polis Daerah Kuala Langat menutup lapan laluan di daerah itu sepanjang Perintah Kawalan PKPD di daerah ini.

Penutupan itu melibatkan Jalan Banting-Dengkil iaitu di Persimpangan Paya Indah Wetland, Jambatan Rimbayu iaitu susur masuk dari Rimbayu ke Sri Cheding dan Jambatan Bukit Kemandol susur masuk ke jejantas Taman Bukit Kemandol.

Katanya lagi, penutupan di Batu 9, Jalan Kebun dibuat di susur masuk Jalan Kebun ke Teluk Panglima Garang dan persimpangan Kampung Lombong iaitu di Jalan Kampung Lombong susur ke Puchong.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Datuk Dr.Ahmad Yunus Hairi memberitahu, pembukaan laluan tersebut dilakukan bagi memudahkan penduduk sekitar dan luar berurusan di Shah Alam dan Banting.

“Kita juga bersimpati dengan penduduk Kuala Langat yang terpaksa beratur panjang hingga dua jam semata-mata untuk melepasi pemeriksaan SJR di Sijangkang Batu 7,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.