Jaguh TSG tunai nazar, agih 160 pek gulai ayam kampung - Utusan Malaysia

Jaguh TSG tunai nazar, agih 160 pek gulai ayam kampung

MOHD. Harrif Saleh mengagihkan 160 pek gulai ayam kampung kepada orang ramai di Kampung Panji Alam di Kuala Terengganu. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jaguh pecut Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd. Harrif Saleh meraikan kejayaan muncul pelumba Malaysia pertama menjuarai perlumbaan di Eropah dengan menyumbangkan sebanyak 160 pek gulai ayam kampung kepada orang ramai.

Bungkusan makanan diagihkan di hadapan kedai makan milik bapa mentuanya di Kampung Panji Alam di sini hari ini.

Menurut Mohd. Harrif, sumbangan itu bagi menunaikan nazarnya untuk membantu penduduk kampung jika menduduki kedudukan podium atau meraih gelaran juara.

“Alhamdulillah, pada Februari lalu saya mengungguli Grand Prix (GP) Manavgat di Turki sekali gus menjadi pelumba tempatan pertama memenangi perlumbaan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di benua Eropah.

“Gulai ayam kampung ini dimasak sendiri dengan dibantu ahli keluarga dan kesemua bungkusan habis diagihkan dalam masa 15 minit,” katanya ketika ditemui pemberita.

Mohd. Harrif berkata, pencapaian di Turki merupakan antara kenangan manis sepanjang kerjayanya setelah tidak berkayuh selama setahun gara-gara Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN