LONDON: Masalah perut bukan penghalang kepada Ons Jabeur untuk mencipta kemenangan di Wimbledon.
Bintang Tunisia itu dilihat muntah di tepi gelanggang Centre Court tetapi berjaya kembali dalam perlawanan itu.
Pilihan ke-24 kejohanan itu berjaya menewaskan juara 2017, Garbine Muguruza 5-7, 6-3, 6-2 dan menjadi pemain Tunisia pertama kekal di Wimbledon buat minggu kedua.
“Sangat bermakna buat saya. Ramai orang Arab menyokong saya. Saya tidak mahu perjalanan ini terhenti di sini.
“Saya ada masalah dengan perut saya, ada keradangan untuk sementara waktu. Mumgkin stress. penat dan sebagainya. Saya OK. Hanya perlu muntah saja,” kata pemain berusia 26 tahun itu.-AGENSI