Ivermectin cetus perang mulut antara Dr. Adham dan pembangkang - Utusan Malaysia

Ivermectin cetus perang mulut antara Dr. Adham dan pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penggunaan ubat Ivermectin untuk merawat Covid-19 mencetuskan perang mulut antara beberapa ahli Parlimen pembangkang dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Pertikaian itu timbul apabila Dr. Adham menjawab pertanyaan Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) berkenaan penggunaan ubat itu bagi merawat Covid-19 dengan beliau menjelaskan perkara itu bergantung kepada ujian klinikal yang sedang dilakukan.

Namun jawapan itu tidak memuaskan beberapa ahli Parlimen pembangkang dengan menggesa Dr. Adham menggunakan budi bicaranya bagi membenarkan pengunaaan ubat tersebut.

Antara ahli Parlimen yang mencetuskan pertikaman lidah adalah Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam) dan R. Sivarasah (PH-Sungai Buloh).

Dr. Adham kemudian memaklumkan pihak yang menggunakan Ivermectin perlu memohon kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN