Itali singkirkan pasukan No.1 dunia - Utusan Malaysia

Itali singkirkan pasukan No.1 dunia

PASUKAN Itali meraikan kejayaan mara ke separuh akhir Euro 2020 selepas malakar kemenangan 2-1 ke atas Belgium.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH : Itali meneruskan kemaraan ke separuh akhir Euro 2020 selepas menewaskan Belgium 2-1 sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah kepada angka 32 dalam aksi di Allianz Arena, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Azzurri akan bertemu Sepanyol di Stadium Wembley bagi merebut tiket ke final kejohanan Eropah berkenaan.

Itali bermula garang dengan jaringan pertahanannya, Giorgio Chiellini pada minit ke-13 namun gol itu dibatalkan selepas pemain tersebut berada dalam kedudukan ofsaid.

Tersentak dengan isyarat itu, Belgium kembali mengatur gerakan dan hampir membuka tirai jaringan namun percubaan Kevin De Bruyne pada minit ke-22 berjaya ditepis keluar penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma untuk memberi sepakan penjuru keempat kepada lawannya.

Pemain tengah, Nicolo Barella memanfaatkan kesilapan pertahanan Belgium yang gagal mengeluarkan bola dengan baik apabila melakukan rembatan deras untuk gol pertama pada minit ke-31.

Lorenzo Insigne menambah kelebihan buat Itali 13 minit kemudian menerusi rembatan menarik dari jarak 25 meter.

Bagaimanapun, Belgium yang berada di ranking nombor satu FIFA berjaya merapatkan kedudukan menerusi ledakan penyerang mereka, Romelu Lukaku dengan menyempurnakan sepakan penalti sebelum memasuki bilik persalinan.

PENJAGA gol Itali, Gianluigi Donnarumma berjaya mempamerkan aksi cemerlang dalam aksi suku akhir Euro 2020 berdepan Belgium.-AFP

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Roberto Martinez meningkatkan lagi intensiti permainan dengan memberi asakan bertali arus ke kubu Itali yang diketuai, Chiellini dan Leonardo Bonucci disamping ketangkasan penjaga gol Gianluigi Donnarumma.

Skuad Azzurri juga tidak hanya menahan asakan tetapi turut mencipta beberapa peluang untuk menggandakan jaringan namun gagal untuk membolosi gawang yang dikawal Thibaut Courtois.

PARA Pemain Belgium kecewa dan sedih selepas gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir Euro 2020 selepas tewas kepada Itali.-AFP

Keputusan itu terus melebarkan rekod tanpa kalah di bawah kendalian Roberto Mancini kepada ke-32. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya