PETALING JAYA: ‘Insya-Allah’.
Demikian tulis penyanyi rap terkenal, Caprice dalam InstaStory di akaun Instagram miliknya yang menimbulkan tanda tanya mengenai statusnya.
Tulisan Insya-Allah itu berlatarbelakangkan Dome of Rock.
Sebelum ini Caprice memaklumkan dia akan meneruskan misinya sendirian apabila semua yang turut menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza tempoh lalu pulang ke Malaysia.
Menerusi perkongsian di InstaStory, dilihat Caprice juga sudah selesai mengemas pakaiannya untuk terus berjihad demi ummah walaupun berseorangan.
Di samping itu, dia turut mengakui bahawa ‘perjuangannya’ kali ini merupakan yang paling mencabar pernah dilalui seumur hidupnya.
Bagaimanapun, itu bukan alasan penyanyi itu untuk berhenti berjihad ke jalan Allah, malah tetap percaya bahawa segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.










