JAKARTA: Indonesia memperluaskan langkah sekatan Covid-19 di seluruh dunia dalam usaha memerangi gelombang pandemik tersebut.
Usaha itu dilaksanakan ketika Indonesia berdepan lonjakan kematian melepasi 1,000 kes dalam tempoh 24 jam dengan kerajaan memberi amaran situasi akan menjadi lebih buruk.
Sekatan baharu itu akan dilaksanakan di puluhan bandar dan dilanjutkan dari pulau Sumatera hingga ke bahagian paling timur Papua berikutan penularan varian Delta yang secara meluas.
“Kes juga semakin meningkat di wilayah lain dan kita perlu menumpukan perhatian terhadap persediaan hospital,” kata Menteri Kanan, Airlangga Hartarto.
Menurut beliau, kerajaan Indonesia memutuskan untuk melanjutkan sekatan itu sehingga 20 Julai ini. –
Kawasan yang terlibat dengan sekatan yang diumumkan pada hari ini dilaporkan mempunyai jumlah kes harian Covid-19 yang jauh lebih rendah berbanding Jawa. – AFP