Hishammuddin berterima kasih kepada TPM ganti tugas pemakluman PPN - Utusan Malaysia

Hishammuddin berterima kasih kepada TPM ganti tugas pemakluman PPN

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menghargai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam menyampaikan makluman keselamatan sejak 20 Mac lalu.

Menteri Kanan Luar Negeri yang baru dilantik bertanggungjawab dalam Kluster Keselamatan pada 7 Julai itu malah berjanji akan meneruskan penugasan diberikan dengan sebaiknya.

“Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Insya-Allah saya akan teruskan dengan sebaiknya,” kata beliau menerusi kenyataan sulungnya di sini hari ini.

Semalam, Ismail Sabri melalui kenyataan terakhirnya memaklumkan tugasan beliau itu akan diambil alih Hishammuddin bermula hari ini dan menerajui kluster dipegangnya sebelum ini.

Ahli Parlimen Bera itu yang masih kekal sebagai Menteri Kanan Pertahanan, memegang peranan tersebut lebih setahun lalu susulan perkembangan awal wabak Covid-19 pada ketika itu.

Mengulas lanjut, Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, beliau akan menyelaras dan mengeluarkan kenyataan harian berkaitan Task Force Operasi Pematuhan.

Ini jelas beliau, termasuk laporan kes penguatkuasaan undang-undang oleh pasukan berkenaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dari seluruh negara.

“Saya juga akan memaklumkan laporan mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP), kawalan sempadan negara dan perkara lain daripada setiap agensi yang terlibat,” jelas beliau.

Tugasan itu tambahnya, penting bagi memberi penjelasan kepada rakyat berhubung situasi semasa keselamatan khususnya sepanjang tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

Pelantikan Hishammuddin memimpin Kluster Keselamatan juga seumpama mengulangi peranan sebelum ini pernah dilantik sebagai Menteri Pertahanan antara 2013 hingga 2018 lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya