'Hentikan seketika perbalahan, tumpu bela kebajikan rakyat' - Utusan Malaysia

‘Hentikan seketika perbalahan, tumpu bela kebajikan rakyat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini boleh dijadikan landasan untuk memperkukuh sokongan dan kebersamaan antara ahli Parlimen dalam usaha menguruskan negara.

Menurut Presiden Pertubuhan Intelektual Negara (Pintar), Prof. Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor, apa yang dilakukan kerajaan untuk membantu rakyat dengan memberikan peruntukan RM300,000 kepada setiap ahli Parlimen bagi menyediakan bakul makanan, adalah usaha yang baik.

“Oleh itu, kami ingin menyarankan agar peruntukan sebegini terus dapat disalurkan kepada semua ahli-ahli Parlimen sebagai menunjukkan penghargaan kerajaan terhadap sokongan dan kebersamaan wakil-wakil rakyat dalam membantu kerajaan semasa.

“Secara ringkasnya, kami ingin mencadangkan kerajaan menggerakkan muafakat politik dan menyediakan apa yang dikenali sebagai perjanjian kepercayaan dan belanjawan, antaranya dengan memberikan peruntukan sebagai isyarat menghargai sokongan mereka dalam usaha bekerjasama bagi memastikan soal pemulihan ekonomi dapat dilakukan dengan baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Roslan menambah, beliau menyeru kepada semua ahli politik untuk menghentikan seketika perbalahan bagi memberi penumpuan kepada agenda pemulihan ekonomi dan membela kebajikan rakyat.

Katanya, perbalahan politik sehingga ke satu tahap ada pihak yang membangkitkan untuk menukar kerajaan dan ada pula yang cuba berkempen untuk menukar Perdana Menteri adalah sesuatu yang sangat tidak sesuai buat masa ini.

“Pintar berasa bimbang sebenarnya dengan keadaan terkini pandemik covid-19 dalam negara telah menjangkau melebihi 5 angka untuk kes harian yang telah dicatatkan adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian segera.

“Apa yang membimbangkan kita adalah sikap kalangan sebahagian ahli politik ini yang tidak habis-habis hanya mementingkan mengenai kuasa, tanpa memikirkan kesan yang sedang dihadapi oleh rakyat pada ketika ini,” katanya.

Katanya, pihaknya yakin terdapat majoriti ahli Parlimen yang menyokong kepimpinan Perdana Menteri dalam hal membangunkan ekonomi negara dan menjaga kebajikan rakyat, walaupun ada segelintir sibuk berpolitik ingin merebut kuasa.

Dalam aspek ini katanya, Pintar melihat Perdana Menteri terus berjiwa besar membuka ruang kerjasama dengan semua pihak yang ingin membantu, sama ada dari pihak parti-parti yang membentuk kerajaan mahupun kerjasama dari mereka yang menyuarakan persetujuan dari pihak pembangkang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN