‘Hari yang sangat menggembirakan hati saya’ - Elizad kongsi pengalaman dihubungi Raja Permaisuri Agong - Utusan Malaysia

‘Hari yang sangat menggembirakan hati saya’ – Elizad kongsi pengalaman dihubungi Raja Permaisuri Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin meluahkan kegembiraan selepas dihubungi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini.

Elizad menerusi entri Instagram (IG) menyifatkan perbualan bersama Tunku Azizah sebagai sesuatu yang indah dan menggembirakan.

“Hari ini hari yang sangat menggembirakan hati saya. Menerima panggilan telefon daripada KDYMM Tuanku Permaisuri Azizah. Bertanyakan keadaan saya setelah Tuanku Permaisuri terbaca kisah yang mengatakan saya “mandul” tempoh hari.

“Hati saya tersentuh dengan panggilan yang indah ini Tuanku,” tulisnya.

Dalam entri sama, Elizad turut mengibaratkan perbualan tersebut seperti mimpi memandangkan dia mengidolakan Raja Permaisuri Agong lebih-lebih lagi dalam rawatan kesuburan in-vitro (IVF).

“Sungguhnya, Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dengan kisah saya yang bukanlah siapa-siapa.

“Tuanku berikan kata-kata semangat, bercerita sendiri tentang pengalaman Tuanku sebanyak 17 kali tempuh perjalanan rawatan tersebut. Memang menyakitkan. Hanya yang mengalami sahaja yang merasai,” tambahnya yang menyifatkan Raja Permaisuri Agong sebagai seseorang yang penuh sifat keibuan.

Beberapa hari lalu, pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu diserang seorang individu tidak dikenali di media sosial yang secara biadap menuduhnya mandul dan meninggalkan solat.

Susulan kejadian itu, dia telah membuat laporan polis dan bercadang untuk mengheret individu terbabit ke muka pengadilan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya