PKPD Selangor, KL: Hanya pekerja sektor perlu dibenarkan keluar - Utusan Malaysia

PKPD Selangor, KL: Hanya pekerja sektor perlu dibenarkan keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kebenaran bekerja bagi penduduk dalam kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hanya diberikan kepada perkhidmatan perlu (essential services) atau menjalankan tugas rasmi kerajaan dengan surat pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya kilang bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih, gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan, dan topeng muka dibenarkan beroperasi.

Menurut beliau, pekerja selain daripada perkhidmatan perlu tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD.

“Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah. Pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang-kilang serta premis-premis perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh menggunakan surat MITI yang dikeluarkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN