Hanya 20 peratus kakitangan firma guaman dibenar bekerja di pejabat - Utusan Malaysia

Hanya 20 peratus kakitangan firma guaman dibenar bekerja di pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hanya dua orang pekerja atau 20 peratus daripada jumlah bilangan pekerja yang mana lebih tinggi dibenarkan beroperasi dari pejabat.

Itu antara tiga prosedur operasi standard (SOP) diberikan kepada firma guaman sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur yang bermula semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya juga menetapkan waktu operasi firma dibenarkan beroperasi antara pukul 9 pagi sehingga 1 petang.

Beliau berkata, firma guaman juga perlu menetapkan janji temu dengan anak guam atau pelanggan sekiranya perlu berurusan secara fizikal.

“Firma guaman boleh memohon kebenaran beroperasi melalui portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0.

“Selain itu, kebenaran keroperasi daripada CIMS yang telah diperoleh semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 juga boleh terus digunakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, SOP perkhidmatan guaman sepanjang PKPD itu boleh dirujuk dari platform komunikasi Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Takiyuddin berkata, kebenaran itu diberikan setelah mengambil kira keperluan perkhidmatan guaman untuk menyokong sektor perkhidmatan perlu lain selain melancarkan urusan-urusan berkaitan dengan mahkamah dan jabatan kerajaan.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju membenarkan firma guaman beroperasi khususnya sepanjang PKPD di Selangor dan Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN