Graduan rugi RM138,990, ditipu tawaran kerja sambilan di Facebook - Utusan Malaysia

Graduan rugi RM138,990, ditipu tawaran kerja sambilan di Facebook

AIDI SHAM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang graduan universiti mengalami kerugian sebanyak RM138,990 setelah ditipu dengan tawaran kerja sambilan di Facebook.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata, wanita berusia 24 tahun itu pada awalnya telah melihat iklan pekerjaan di Facebook dan kemudiannya berurusan dengan penama, Nelson Pang.

“Mangsa telah diminta untuk memuat turun aplikasi ‘PbCompany’ dan telah diberikan identity document dan username.

“Mangsa perlu memasukkan wang ke dalam akaun bank dan mencapai sasaran yang ditetapkan sehingga mencukupi nilai barang-barang daripada laman Shopee, Lazada atau Zalora yang telah dipesan oleh syarikat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Aidi Sham, mangsa dijanjikan komisen sebanyak 2.5 peratus dengan syarat perlu membuat bayaran bagi pesanan yang dibuat syarikat dan dimasukkan ke akaun bank tersebut barulah komisen serta duit bayaran itu akan dibayar semula.

“Mangsa telah membuat bayaran untuk tujuan tersebut (bayaran pesanan) sebanyak 15 kali transaksi bermula 22 hingga 25 Julai 2021 ke dalam enam akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM138,990 menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik Allahyarham bapa tirinya.

“Selepas kesemua pembayaran ini, mangsa bagaimanapun masih gagal mendapat wang komisen yang dijanjikan dan masih diminta untuk masukkan wang,” katanya lagi.

Tambah beliau, menyedari ditipu mangsa telah membuat laporan polis Selasa lalu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

“Polis meminta supaya data peribadi atau identiti diri tidak didedahkan kepada mana-mana individu yang tidak dikenali atau baharu dikenali di internet serta tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan dengan gaji tinggi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN