Geng ‘Kakak Sanggul Tinggi’ direman tiga hari - Utusan Malaysia

Geng ‘Kakak Sanggul Tinggi’ direman tiga hari

TUJUH individu termasuk tiga wanita direman tiga hari bagi membantu siasatan kes pukul buruh beramai-­ramai di tepi Jalan Pasir Tumboh, Kota Bharu yang tular di media sosial, kelmarin. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tujuh individu termasuk tiga wanita direman tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes seorang buruh dipukul beramai-­ramai di tepi Jalan Pasir Tumboh, di sini yang tular di media sosial, kelmarin.

Perintah reman sehingga Sabtu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah, Rusli Ahmad di Mahkamah Majistret di sini.

Empat suspek lelaki berusia 19 hingga 46 tahun dan tiga suspek wanita berusia 21 hingga 33 tahun itu direman bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 147 Kanun Ke­seksaan kerana merusuh.

Kelmarin, tular klip video memaparkan pergaduhan mulut antara mangsa berusia 30 tahun dengan kumpulan suspek yang menaiki kereta Perodua Alza sebelum berakhir dengan mangsa dipukul beramai-ramai di tepi jalan.

Difahamkan, kejadian berpunca daripada tindakan mereka membunyikan hon kepada mangsa yang sedang berjalan kaki, disusuli ejek mengejek sebelum mangsa hilang sabar dan menendang kereta dinaiki kumpulan terbabit.

Perhatian rata-rata warganet bagaimanapun lebih tertumpu kepada salah seorang suspek wanita bertudung sanggul tinggi, gara-gara aksi samsengnya menendang mangsa yang sudah jatuh terbaring.

Warganet menggelar wanita itu sebagai ‘Kakak Sanggul Tinggi’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.