Firdaus Wong bidas pihak perlekeh inisiatif kempen bendera putih - Utusan Malaysia

Firdaus Wong bidas pihak perlekeh inisiatif kempen bendera putih

FIRDAUS Wong Wai Hung melihat kempen kibar bendera putih sebagai ikhtiar dan tidak bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pendakwah bebas terkenal, Firdaus Wong Wai Hung meluahkan perasaan kecewa apabila ada pihak yang menyindir usaha rakyat miskin dalam kempen bendera putih.

Sambil menyifatkan tiada masalah dengan kempen berkenaan, pengasas Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM) ini meminta kelompok tidak bersetuju itu agar tidak perlu menyindir.

Menerusi hantaran dalam Facebooknya, beliau menulis: “Kepada yang kata kita hanya perlu tadah tangan berdoa, bukan naik bendera putih, saya ada persoalan buat anda.

“Ketika anda menunaikan solat hajat, tahajud, pembinaan tahfiz atau kempen politik, kenapa kena letak nombor akaun bank anda? Kenapa tidak pula cuma tadah tangan sahaja berdoa?”

Firdaus Wong, 38, membangkit pertanyaan itu sebagai merujuk tindakan pihak yang mengutuk inisiatif bagi memudah pengesanan golongan rentan daif.

Sebaliknya jelas beliau, apa yang berlaku pihak itu jugalah yang aktif meminta derma dari rakyat khasnya penyokong tegar sewaktu kempen ceramah politik tanpa langsung perasaan malu.

Beliau menambah, pihak yang menentang inisiatif bendera putih berhak menilai dari sudut kesempitan politik sebagaimana mereka juga berkongsi nombor akaun bank.

“Anda konon menamakan ia sebagai ikhtiar, maka begitu juga tindakan terdesak menaikkan bendera putih juga merupakan ikhtiar dari mereka yang malu tetapi memerlukan,” tegasnya.

Jelas beliau, penduduk susah itu juga diyakini berdoa kepada Allah namun mengibar bendera putih sekadar isyarat kepada makhluk hidup setelah ikhtiar berdoa.

Pertolongan dari Allah itu kata beliau, memang pasti tetapi jangan dilupa ada kalanya bantuan Tuhan akan hadir menerusi makhluk-Nya yang diberi gerak hidayah untuk menolong pula.

Katanya, mungkin kibaran itu konon bercanggah ideologi politik masing-masing, namun selagi ikhtiar tersebut tidak bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah, maka sila teruskan sahaja.

“Mereka tidak solat sunat lalu ‘livestream’ di media sosial dengan letak nombor akaun, waima jika diletak sekalipun, mungkin kurang penonton kerana tidak sepopular anda,” kata beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN