Empat hotel di KL jadi PKRCS khas warga Wilayah Persekutuan kuarantin  - Utusan Malaysia

Empat hotel di KL jadi PKRCS khas warga Wilayah Persekutuan kuarantin 

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Sebanyak empat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Swasta (PKRCS) percuma disediakan kepada warga Wilayah Persekutuan yang berdepan kesukaran menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat Pusat Penyelasaran dan Pengurusan Covid-19 Wilayah Persekutuan (CCMC-WP).

Beliau berkata, CCMC-WP memutuskan untuk memindahkan dan menempatkan sebilangan mereka yang positif bagi kategori 1 dan 2 ke beberapa hotel yang dikhususkan sebagai PKRCS khas mulai hari ini.

“Empat buah PKRCS khas di Kuala Lumpur yang terlibat adalah Hotel Royal Chulan, Jalan Conlay; International Youth Center, Bandar Tun Razak, Cheras; Tamu Hotel Kampong Bharu dan Hotel Travelodge City Centre,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, operasi memindahkan kira-kira 1,000 pesakit Covid-19 bermula hari ini dibantu Covid Assessment Centre (CAC), KWP, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) dan beberapa agensi serta jabatan kerajaan berkaitan.

Annuar berkata, pihaknya sedang berusaha menyediakan lebih banyak kemudahan pusat rawatan Covid-19 di Wilayah Persekutuan bagi membantu golongan menghadapi masalah kuarantin kendiri. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN