Elak diberkas polis, 3 nelayan terjun laut  - Utusan Malaysia

Elak diberkas polis, 3 nelayan terjun laut 

ANTARA nelayan penduduk tempatan dan warga asing dengan sebahagiannya penagih dadah ditahan polis dalam operasi di Jeti LKIM Batu Maung, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Tiga nelayan pantai yang juga dipercayai penagih dadah bertindak nekad dengan terjun ke laut bagi mengelak diberkas polis di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Batu Maung, di sini semalam. 

Tindakan lelaki berusia lingkungan 20-an itu bagaimanapun gagal apabila mereka diberkas Pasukan Polis Marin (PPM) dalam operasi Op Sarang mulai pukul 7 pagi. 

Operasi tersebut dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPD BD) dengan kerjasama PPM dari Pangkalan Polis Marin Wilayah Satu Batu Uban dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Barat Daya. 

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, lelaki terbabit antara 24 nelayan terdiri daripada warga tempatan, Thailand dan Myanmar. 

Menurutnya,  kesemua tangkapan berusia dalam lingkungan 26 hingga 45 tahun itu kemudian dibawa ke Balai Polis Bayan Baru bagi menjalani ujian saringan air kencing. 

“Daripada 24 orang tersebut, seramai 17 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan dadah dan tiada dokumen pengenalan diri. 

“Dalam operasi tersebut, ada dalam kalangan nelayan terbabit bertindak melarikan diri dengan terjun ke laut namun diberkas dan ditemukan dalam keadaan selamat,” katanya. 

Beliau memberitahu, kesemua tangkapan akan  disiasat di bawah Seksyen 39B,12(3), 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(3) Akta imigresen 1959/63. –  UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN