Doktor kontrak diminta pertimbang tawaran kerajaan ketika ini - Utusan Malaysia

Doktor kontrak diminta pertimbang tawaran kerajaan ketika ini

SAHRUDIN JAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perikatan Nasional (PN) Johor merayu semua doktor lantikan kontrak di seluruh negara khususnya di negeri ini terus memberi tumpuan kepada tugas hakiki mereka di hospital yang ditugaskan.

Setiausaha PN Johor, Datuk Dr. Sahrudin Jamal berkata, pihaknya yakin kerajaan dan Kementerian Kesihatan sentiasa mengiktiraf sumbangan dan jasa diberikan golongan berkenaan.

Menurut beliau, kerajaan juga diyakini sedang memikirkan jalan penyelesaian terbaik dalam merungkai kemelut yang melanda berhubung isu berkenaan.

“Sebelum ini, kerajaan  bersetuju melanjutkan tempoh kontrak selama dua tahun selepas melengkapkan tempoh berkhidmat wajib.

“Tawaran yang diberi ini wajar dipertimbang ketika ini sebelum dibincangkan secara serius bagi meraih situasi menang-menang selepas pandemik Covid-19 reda,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya