Covid-19: Korea Selatan rekod kes harian tertinggi - Utusan Malaysia

Covid-19: Korea Selatan rekod kes harian tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Selatan hari ini mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi di negara itu ketika pihak berkuasa mempertimbangkan untuk mengetatkan lagi pelaksanaan penjarakan sosial.

Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea Selatan (KDCA), sebanyak 1,275 kes Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Jumlah itu melebihi bilangan kes harian Covid-19 yang dilaporkan pada kemuncak gelombang ketiga Disember lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, kerajaan memaklumkan sedang mempertimbangkan untuk mengetatkan lagi sekatan pergerakan ketika gelombang keempat menular dengan cepat terutamanya dalam kalangan individu berusia 20-an dan 30-an yang masih belum menerima vaksin.

Penularan varian Delta yang semakin meningkat juga membimbangkan pihak berkuasa kesihatan.

Setakat ini, sebanyak 164,028 kes jangkitan Covid-19 dengan 2,034 kematian dilaporkan di Korea Selatan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini