'Bukalah kedai alat tulis, buku, bukan semua boleh beli secara dalam talian' - Utusan Malaysia

‘Bukalah kedai alat tulis, buku, bukan semua boleh beli secara dalam talian’

ANUAR AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu meletakkan buku kerja dan alat tulis dalam kategori ‘essential pendidikan’.

Dr. Anuar Ahmad dari Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, ia berikutan kekangan yang berlaku kini dalam proses pemakluman pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Menurut beliau, ini kerana setelah beberapa bulan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai ibu bapa mengeluh peralatan pembelajaran anak-anak mereka telah habis digunakan.

“Ada ibu bapa yang memaklumkan buku kerja mata pelajaran dan alat tulis sudah tidak ada lagi. Apalagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang ramai bersekolah. Bagaimana anak-anak dapat meneruskan PdPR dalam keadaan ketiadaan buku kerja, buku tulis dan alat tulis?

“Tanpa buku-buku kerja dan buku tulis yang baru, anak-anak tidak dapat belajar dengan baik ketika PdPR. Sudahlah mereka tidak boleh ke sekolah dalam keadaan sekarang, peralatan dan alat tulis untuk mereka belajar di rumah juga tidak ada,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam hal ini, jelas Anuar, Kementerian Pendidikan sepatutnya mengambil usaha berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar kedai alat tulis dimasukkan sebagai barangan ‘essential pendidikan’ dan dibenarkan untuk beroperasi.

“Agak pelik ada kedai peralatan rumah (hardware) yang dibenarkan dibuka tetapi rak alat tulis terpaksa ditutup dan tidak dibenarkan dijual. Apa rasional keputusan ini?” soalnya.

Tambah beliau, meskipun ramai ibu bapa yang boleh membeli keperluan tersebut secara dalam talian, tetapi harus difikirkan juga mereka yang tidak menggunakan kaedah ini dalam membuat perolehan keperluan.

“Walaupun ada ibu bapa mahu boleh membeli beberapa alat tulis secara online tetapi ramai juga ibu bapa yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman yang tidak menggunakan kaedah ini.

“Tidak semua keluarga menggunakan cara-cara pembelian dalam talian. Dan tidak semua buku buku kerja setiap mata pelajaran ada dijual secara dalam talian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya