Bomba tangkap ular sawa sepanjang 12 kaki - Utusan Malaysia

Bomba tangkap ular sawa sepanjang 12 kaki

PASUKAN bomba menangkap ular sawa sepanjang 12 kaki di Kampung Suasa, Beaufort.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Selepas menelan seekor anak kambing, ular sawa sepanjang 12 kaki ditemukan kekenyangan di sebuah kandang kambing di Kampung Suasa, Beaufort, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan ular sawa itu pada pukul 12.34 tengah hari.

ULAR sawa kekenyangan selepas membaham seekor anak kambing.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort kemudian mengerahkan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dengan menaiki dua buah jentera ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 28 kilometer dari balai. Operasi diketuai oleh Penguasa Bomba Kanan Ag Dinin Ag Ajak.

Pasukan bomba berjaya menangkap ular sawa sepanjang 12 kaki yang masih berada dalam kandang kambing berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN