Bomba Melaka angkat mayat wanita 230kg - Utusan Malaysia

Bomba Melaka angkat mayat wanita 230kg

PASUKAN bomba membantu mengangkat mayat wanita seberat 230 kilogram yang meninggal dunia di Taman Desa Damai Cheng, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang lelaki terpaksa meminta bantuan bomba untuk mengangkat mayat isterinya seberat 230 kilogram (kg) yang meninggal dunia di ruang tamu rumah mereka di Taman Desa Damai Cheng di sini, pagi tadi.

Difahamkan, wanita berusia 33 tahun itu meninggal dunia ketika sedang duduk di sofa.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, panggilan kecemasan diterima daripada polis pada pukul 7.09 pagi.

Katanya, sepasukan 10 anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Khairuddin Atan ke lokasi bersama dua buah jentera.

“Pasukan bomba tiba di rumah tersebut pada pukul 7.19 pagi dan mendapati mayat wanita obes seberat 230 kg itu berada dalam keadaan terlentang di atas lantai.

“Seramai enam anggota termasuk pegawai bomba bersama-sama membantu mengangkat mayat mangsa untuk dipindahkan ke atas lori angkut bomba,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Jelas Zulkhairani, operasi tersebut selesai pukul 8.25 pagi dan mayat dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, keluarga mangsa memaklumkan wanita tersebut mempunyai sejarah penyakit asma.

“Namun siasatan lanjut akan dilakukan oleh pihak polis dan Jabatan Forensik Hospital Melaka,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya