Bomba bantu pindah pesakit obesiti - Utusan Malaysia

Bomba bantu pindah pesakit obesiti

ANGGOTA bomba membantu membantu mengangkat pesakit obesiti dari wad Hospital Pulau Pinang untuk dipindahkan ke Unit  Kecemasan & Trauma, Hospital Kuala Kangsar, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN:  Pasukan bomba mengambil masa hampir sejam membantu mengangkat pesakit obesiti dari wad Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dipindahkan ke Unit  Kecemasan & Trauma, Hospital Kuala Kangsar (HKK), Perak petang tadi.

Pesakit lelaki berusia lingkungan 50-an dengan berat 250 kilogram (kg) itu dikatakan menerima rawatan pada bahagian kepala di HPP berkenaan.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal, Abdul Manaf Kadir berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan pengangkutan daripada pihak hospital untuk membawa pesakit obesiti berkenaan pukul 2.52 petang.

Menurutnya, sebuah pengangkutan lori dengan muatan tiga tan digunakan untuk memindahkan pesakit terbabit melibatkan seramai dua keanggotaan.

“Kita mengambil masa hampir satu jam untuk membawa turun pesakit itu dari wad dan memindahkannya ke atas lori. Seramai empat jururawat Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengiringi pesakit ke HKK.

“Ini merupakan operasi mengangkat dan memindahkan pesakit obesiti yang pertama kali dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau memberitahu, perjalanan ke HKK dijangka mengambil masa selama dua jam  dan operasi mengangkat pesakit tersebut tamat pukul 4.06 petang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN