BN tak bincang tinggalkan PN sebelum 1 Ogos - Utusan Malaysia

BN tak bincang tinggalkan PN sebelum 1 Ogos

ZAMBRY ABD. KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Barisan Nasional (BN) tidak membincangkan sebarang perkara berkaitan cadangan untuk meninggalkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum 1 Ogos ini.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, setakat ini beliau tidak mendapat apa-apa maklumat mengenai perkara itu.

“Dewan Tertinggi BN tidak ada membincangkan sebarang perkara berkaitan cadangan meninggalkan PN sebelum 1 Ogos ini.

“Ini mungkin berita yang disampaikan oleh kalangan mereka yang membuat berita-berita, saya selaku Setiausaha Agung BN tidak ada apa-apa berita berkaitan dengannya.

“Hal-hal yang demikian, setakat ini tidak kita bincangkan, Saya tidak dapat komen lebih daripada itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Amran Bujang, 63, yang rumahnya terbakar malam kelmarin, di Fasa 2F Seri Manjung dekat sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan UMNO sedang memanggil ahli Parlimennya secara berperingkat untuk mendapat perakuan bersama meninggalkan kerajaan PN sebelum 1 Ogos.

Sumber parti yang layak dipercayai memberitahu, lebih 10 ahli Parlimen yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dipanggil menemui Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang turut dihadiri Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan di pejabat UMNO, bagi membincangkan perkara itu.

Isu tersebut kemudian turut dilaporkan oleh beberapa portal berita lain yang juga memetik sumber dalaman UMNO, yang juga parti tunjang dalam BN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.