“Biasalah, pengacara bersilih ganti…” -Mira Filzah - Utusan Malaysia

“Biasalah, pengacara bersilih ganti…” -Mira Filzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara terkenal, Mira Filzah, memberitahu minggu ini adalah episod terakhir dia sebagai pengacara Nona setelah hampir empat tahun dalam rancangan tersebut.

Menerusi entri Instagram, Mira berkongsi perkara itu di Instastory ekoran ramai peminatnya bertanya berhubung ketiadaannya dalam rancangan berkenaan serta akan digantikan dengan pelakon popular, Amyra Rosli.

“Banyak soalan fasal Nona! Tiada apa-apalah, biasalah pengacara silih berganti. Kalau lihat di Wikipedia, ada nama-nama pengacara terdahulu dan tahun mereka mengacara.

“Nona sentiasa menukar pengacara untuk pembaharuan. Tetapi Alhamdulillah, Mira bertahan agak lama dalam program ini. Pejam celik nak hampir empat tahun!

“Minggu ini episod terakhir Mira. Minggu hadapan, episod pertama pengacara baharu dan Mira ada muncul seketika untuk ucap selamat tinggal,” tulisnya menerusi Instastory.

Terdahulu, Mira mengendalikan program bual bicara Nona bermula pada sekitar Disember 2017 selepas menggantikan pengacara sebelumnya iaitu Uyaina Arshad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya