Bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono kini pelakon Hollywood - Utusan Malaysia

Bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono kini pelakon Hollywood

SBY muncul dalam filem The Tomorrow War.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Platform media sosial Indonesia heboh memperkatakan kemunculan wajah Presiden Indonesia keenam, Susilo Bambang Yudhoyono dalam filem produksi Hollywood, The Tomorrow War.

Menurut laporan Kompas, filem garapan Chris McKay itu menampilkan Susilo Bambang atau popular dengan panggilan SBY ketika sedang berjabat tangan bersama pemimpin-pemimpin ternama dunia.

“Ada SBY di filem The Tomorrow War. Sebuah filem Hollywood yang dibintangi Chris Pratt,” tulis Andi Mallarangeng, dikutip dari akaun Instagram @andi_a_mallarangeng.

Andi merupakan bekas Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora).

Filem yang ditayangkan awal bulan ini berkisar tentang perang melawan makhluk asing pada 2051.

Diceritakan dalamm filem itu, pemimpin utama dunia sepakat menghantar tentera masa depan bagi melawan makhluk berkenaan.

“Apa yang menarik, peristiwa kesepakatan pemimpin dunia dalam filem itu terjadp pada 2022 dan salah seorang pemimpin dunia yang dilihat adalah SBY. Walaupun selintas, SBY kelihatan bersalaman dengan pemimpin dunia lainnya dalam filem itu,” jelas Andi.

Andi mengaku tidak tahu kenapa SBY yang ditampilkan dalam filem itu.

“Tetapi, yang namanya filem sains fiksyen, tetaplah sebuah sains fiksyen, produk seni, bukanlah filem dokumentari.

“Apapun bangga juga melihat sosok bekas presiden negara kita ditayangkan sebagai sebahagian daripada pemimpin dunia yang bersatu melawan makhluk asing dalam filem Hollywood,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN