Barisan hadapan perlu markas taktikal?  - Utusan Malaysia

Barisan hadapan perlu markas taktikal? 

AHMAD SHABERY CHEEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan dicadang mempertimbang kewujudan markas taktikal bagi petugas barisan hadapan Covid-19 di negara ini.

Bekas Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penyediaan kemudahan itu sekurang-kurangnya dapat memberi ruang kepada golongan berkenaan melepaskan penat lelah mereka selepas berjuang habis-habisan dalam perang Covid-19.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan boleh menjadikan markas taktikal dalam prosedur operasi standard (SOP) banjir di Kemaman sebagai panduan dalam merealisasikan usaha tersebut.

Menurutnya, sejak 2014, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik berperanan sebagai markas taktikal barisan hadapan dalam berdepan musibah banjir pada musim tengkujuh di samping turut menempatkan kumpulan perubatan dan lain-lain bantuan.

“Tempatnya selesa dengan pelbagai kemudahan, rekreasi, bersukan serta helipad, jadi apabila barisan hadapan dikerahkan berkhidmat, mereka sudah makan dan diberikan bekalan sebelum pulang semula ke markas untuk rehat secukupnya.

“Barisan hadapan kita bukan robot, mereka adalah manusia dan ada perasaan penat. Mungkin mereka tidak bersuara, tetapi kita kena faham suara hati golongan itu,” katanya  dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Ahmad Shabery yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, manual pelaksanaan markas taktikal banjir itu tidak ada dalam SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), malah tidak diketahui oleh pejabat daerah mahu pun Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada ketika itu.

Katanya, kewujudan kemudahan berkenaan hanya memerlukan kreativiti setempat dan semasa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya