Bapa Ebit Lew meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bapa Ebit Lew meninggal dunia

GAMBAR kenangan Ebit Lew bersama bapanya yang dikongsi dalam laman media sosial pendakwah itu, baru-baru ini. - FB EBIT LEW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bapa usahawan dan pendakwah Islam terkenal, Ebit Lew, Ibrahim Lew dilaporkan meninggal dunia di Gleanagle Hospital, petang ini.

Ebit Lew atau nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim Lew berkata, dia reda dengan pemergian Allahyarham dan mendoakan kesejahteraannya.

Katanya, jenazah Allahyarham akan dimandikan di Masjid Bandar Baru, Ampang hari ini dan terus dibawa ke Bandar Muadzam Shah, Pahang untuk disemadikan.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Bapa saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapa.

“Bapa pergi dulu. Nanti Ebit ‘sampai’ ya. Ya Allah ampunilah bapa. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau.

“Ya Allah temukanlah bapa dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku,” katanya dalam satu kiriman di Facebooknya hari ini.

Pautan itu mendapat 81,000 tanda suka, 32,000 komen dan 6,600 perkongsian.

Rata-rata pengguna media sosial mengucapkan takziah kepada beliau dan mendoakan Allahyarham untuk ditempatkan bersama golongan beriman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN