Atlet gimnastik AS di Olimpik Tokyo positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Atlet gimnastik AS di Olimpik Tokyo positif Covid-19

Kara Eaker menjadi atlet Olimpik AS pertama yang disahkan positif Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Kara Eaker, atlet simpanan pasukan gimnastik Olimpik wanita Amerika Syarikat (AS), telah diuji positif Covid-19 di kem latihan dekat Tokyo.

Eaker, 18, adalah atlet Olimpik AS pertama yang disahkan positif.

Bapanya, Mark memberitahu media pada hari Isnin bahawa anak perempuannya positif dalam kem latihan pasukan di Inzai, 30 kilometer ke timur Tokyo, dan menambah dia tidak ada simptom dan telah diberi vaksin sepenuhnya.

“Kami mengesahkan hari ini bahawa atlet remaja pasukan telah positif,” kata Kimiya Kosaku, seorang pegawai bandar Inzai, sambil menambah bahawa Eaker telah tiba di Jepun pada 15 Julai.

“Atlet lain telah dikategorikan sebagai kontak dekat dan juga tinggal bersendirian dalam biliknya,” kata Kosaku.

Jurulatih peribadi Eaker, Al Fong juga mengesahkan ujian positif pada hari Isnin. – XINHUA

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya