Artis lelaki 80-an dipercayai terlibat amang seksual  - Utusan Malaysia

Artis lelaki 80-an dipercayai terlibat amang seksual 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bapa kepada penyanyi wanita terkenal yang juga merupakan artis lelaki tahun 80-an ditahan polis selepas dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan, sejak Ogos tahun lalu.

Perbuatan itu terbongkar susulan laporan diterima polis berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3 petang pada 21 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, kejadian pertama didakwa berlaku terhadap mangsa berusia 14 tahun itu pada Ogos 2020 di rumah kawan ibunya di sebuah kondominium di Puchong Prima.

Katanya, dua lagi kejadian amang seksual fizikal didakwa dilakukan suspek berusia 65 tahun itu pada Oktober dan November 2020.

“Kedua-dua kejadian itu berlaku di rumah suspek di Puchong. Insiden itu sekali lagi berlaku pada Januari lalu.

“Disebabkan takut, pengadu hanya mendiamkan diri sebelum ini,” katanya di sini hari ini.

Abd. Khalid berkata, susulan laporan itu, pihaknya menahan suspek terbabit di pekarangan Balai Polis USJ 8 di sini kira-kira 11 malam pada 21 Julai lalu.

Ujar beliau, bagaimanapun suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis memandangkan dia menghidap penyakit jantung.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN