Air mata gembira jemaah dapat tunai solat Jumaat - Utusan Malaysia

Air mata gembira jemaah dapat tunai solat Jumaat

BEBERAPA jemaah menunaikan solat Jumaat di pekarangan Masjid Tengku Tengah Zaharah atau dikenali sebagai Masjid Terapung di Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Selepas sebulan tidak dapat menunaikan solat Jumaat, rata-rata jemaah menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang meneruskan semula ibadah itu di masjid seluruh negeri, bermula hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di Masjid Tengku Tengah Zaharah atau dikenali sebagai Masjid Terapung di sini mendapati, seawal pukul 10 pagi lagi jemaah hadir dengan kesemua 40 yang dihadkan bagi aktiviti itu dibenarkan masuk sejam kemudian.

Bagaimanapun, kerinduan masyarakat untuk menunaikan ibadah itu menyebabkan kira-kira 30 jemaah lain dilihat bersolat di pekarangan masjid berkenaan.

JEMAAH menunaikan solat Jumaat di luar masjid berikutan had jemaah telah penuh sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Masjid Tengku Tengah Nur Zaharah, Kuala Terengganu, hari ini. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY

Seorang jemaah, Nasaruddin Salim, 54, berkata, air matanya mengalir sebaik sahaja menjejakkan kaki ke ruangan masjid selepas sekian lama tidak dapat berbuat demikian.

“Saya bersyukur dan gembira kerana berpeluang menunaikan solat Jumaat hari ini dan berharap kapasiti jemaah dapat ditambah dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat susulan penurunan kes Covid-19 di Terengganu,” katanya ketika ditemui di sini.

JEMAAH pulang setelah selesai menunaikan solat Jumaat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Masjid Tengku Tengah Nur Zaharah.
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) membenarkan solat Jumaat di masjid serta surau dengan bilangan jemaah seramai 40 orang sahaja bermula hari ini. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY

Aktiviti solat Jumaat kembali dibenarkan di negeri bermula hari ini dengan 40 jemaah tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid manakala solat fardu pula dibenarkan dengan hanya 12 jemaah.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi masjid berkenaan, Mohd. Kamal Nazmi berkata, pelaksanaan solat Jumaat berjalan lancar membabitkan 40 jemaah sebagaimana ditetapkan di samping mematuhi SOP Covid-19.

Katanya, keselamatan jemaah sentiasa menjadi keutamaan pihak masjid bagi mengelakkan penularan virus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya