Ahli Parlimen Pas cadang tempoh doktor kontrak dilanjutkan kepada empat tahun - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Pas cadang tempoh doktor kontrak dilanjutkan kepada empat tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang ahli Parlimen kerajaan melahirkan solidariti terhadap gerakan hartal atau mogok 23,000 doktor kontrak di seluruh negara ekoran masalah status perkhidmatan mereka.

Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) berkata, beliau merasai dengan situasi dialami mereka dan kerajaan perlu memperhalusi kebajikan pegawai perubatan terlibat.

Justeru beliau mencadangkan agar tempoh kontrak dilanjutkan kepada empat tahun dan bukannya dua tahun.

“Selain itu perluaskan penjawatan pegawai Kementerian Kesihatan agar dibuka ruang dan peluang kepada mereka terlibat,” katanya dalam Sidang Khas Parlimen hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN