Agong antara penyumbang Program Prihatin kasih Asnaf 3.0 - Utusan Malaysia

Agong antara penyumbang Program Prihatin kasih Asnaf 3.0

ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah antara penyumbang kepada 7,100 keluarga di 20 lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Wilayah Persekutuan menerusi Program Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Prihatin Kasih Asnaf 3.0.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, bantuan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan asas itu adalah hasil dana sejumlah RM1.5 juta yang turut disumbangkan pelbagai pihak.

Menurutnya, selain Seri Paduka, beberapa buah syarikat swasta termasuk MAIWP sendiri memberikan sumbangan menerusi program berkenaan.

“Program MAIWP Prihatin Kasih Asnaf 3.0 adalah program khas bagi membantu keluarga yang terlibat dengan pelaksanaan PKPD. 

“Setiap keluarga mendapat sumbangan bekalan makanan asas dan wang tunai dari MAIWP,” katanya dalam laman sosial beliau hari ini.

Zulkifli pada masa sama berterima kasih kepada pembayar zakat individu, pembayar zakat perniagaan yang menyalurkan dana wakalah zakat untuk program ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.