‘Ada cuba menangguk di air keruh’ - Utusan Malaysia

‘Ada cuba menangguk di air keruh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejak kebelakangan ini terdapat pihak cuba menangguk di air keruh dengan membuat berita palsu dan mengeksploitasi situasi semasa melalui media sosial mengenai usaha Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menangani Covid-19.

Justeru, ketua-ketua penerangan parti dalam Kerajaan PN dalam kenyataan memaklumkan, seluruh lapisan masyarakat diminta meneliti siri penjelasan yang diberikan oleh kerajaan mengenai situasi terkini.

Malah rakyat perlu peka dengan gerak kerja yang tidak bertanggungjawab itu dan sentiasa merujuk kepada sumber yang sahih untuk mengetahui situasi sebenar.

“Kami menyeru supaya tumpuan kita dikembalikan kepada usaha menjaga kesihatan rakyat dan membina semula ekonomi negara melalui pelaksanaan Pelan Pemulihan Nasional yang telah dirangka oleh kerajaan. 

“Sebagai jentera penerangan parti-parti dalam kerajaan, kami berikrar untuk terus membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pucuk pimpinan semua parti menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan terutama dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu melibatkan ketua-ketua penerangan parti dalam Kerajaan PN antaranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas, MIC dan MCA.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut menjunjung kasih di atas titah Yang di-Pertuan Agong seperti dizahirkan baru-baru ini dan ia memperlihat iltizam Seri Paduka dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjaga.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti-parti dalam kerajaan serta ahli-ahli parlimen yang telah dengan tuntas menyatakan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin serta Kabinetnya untuk terus memimpin negara mendepani cabaran Covid-19. 

“Ini adalah keutamaan sebenar negara pada waktu ini, demi kebaikan rakyat keseluruhannya,” kata kenyataan itu lagi. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.